Salam.
Ni hiking kali pertama untuk minggu ni. Nak hiking selepas balik kerja tak sempat minggu ni. Hari-hari balik lambat sedikit daripada biasa.
Jadi aim minggu ni memang nak hiking on weekend je. Tadi pagi lepas subuh kuatkan semangat untuk ke Bukit Padang. Kalau ikutkan hati, nak sambung tidur je. Nasib baik ada geng hiking (Isma) untuk hiking sekali. Kalau sorang-sorang rasanya tak jadi dah. haha.
View dari Bukit Padang waktu pagi (dalam pukul 7 pagi).
Lepas hiking, singgah breakfast di BTC Luyang dulu. Last weekend dah makan roti telur, jadi hari ni makan Penang Char Kuey Teow pula la. Harga dia mahal, tapi sebab sedap. Jadi berbaloi la.
Penang Char Kuey Teow
Lepas breakfast aku mencari tempat cuci kereta pula. Tempat cuci kereta di area Cybercity tutup. Jadi aku cuci di tempat yang berdekatan je la.
RM15 cuci luar & vacuum. Ok la, ni antara harga termurah di KK yang pernah aku jumpa.
dah siap, balik rumah dan tidur.
Salam.
Lepas hiking di Bukit Botak sabtu (13 Jan 2024) yang lepas, aku dan Wahid (Wahidah nama sebenar) singgah makan pagi di Guan's Kopitiam.
Wahid cakap nak pergi kopitiam makan roti bakar, jadi aku bawak dia ke sini lah.
Boleh la aku makan nasi lemak sambal sotong dia. Sedap.
Kami turun dari Bukit Botak dalam pukul 8 pagi macam tu. Dari sana, aku terus drive ke Guan's Kopitiam di Gaya Street, KK. Mulanya ingat nak ke kopitiam esok je (ahad), tapi sana ada Gaya Street Market pula pada hari ahad. Jadi pergi hari sabtu lah.
Masa sampai sini, orang dah ramai. Kami naik ke tingkat bahagian atas Guan's Kopitiam, sana tak ramai orang sangat. Lepas order, makanan pon sampai tak lama lepas tu.
Makanan yang kami order - Wahid order pasta + roti bakar
Aku pula order nasi lemak sambal sotong & iced white coffee
Antara menu yang ada di Guan's Kopitiam
Wefie sebelum makan ( Me & Wahid)
Bye!