Salam.
Untuk minggu pertama di bulan Feb 2024, sempat sekali je hiking pada waktu bekerja iaitu 1 Feb 2024 (khamis).
Jumaat petang tu tak ingat dah kenapa aku tak pergi hiking. Rasanya sebab makan terlampau banyak masa tengah hari tu. Jadi malas pula untuk hiking petang nya.
Tapi sabtu pagi tu (3 Feb 2024) aku sempat hiking lagi sebelum ke blood drive.
Aku hiking sorang juga masa ni.
Naik slow-slow sambil dengar lagu menggunakan earphone.
View pagi di puncak Bukit Padang
Wefie dulu
Lepas tu send dekat bff aku Inah Ja. haha
Petang tu, aku tak hiking, sebab esok pagi nya nak join Borneo Half Marathon. Tapi 11km je la yang aku mampu buat masa sekarang. Sebab tak training lari pun, paling-paling hiking je.
Bye!
Salam.
Ni hiking pertama pada bulan Feb 2024.
Macam biasa, tempat hiking aku mesti lah di Bukit Padang.
Ni je tempat yang paling dekat dengan tempat kerja & rumah aku. Kalau bukit lain, tunggu weekend baru dapat pergi.
Kenapa kena dekat dengan tempat kerja? sebab balik dari kerja senang boleh terus pergi ke sana.
1 Feb 2024 aku, Isma & Leha hiking di Bukit Padang sama-sama.
Leha lepas habis kerja terus gerak ke sana. Aku & Isma pon sama, gerak dari tempat kerja terus.
Sampai di Bukit Padang dalam 5 lebih macam tu, dan biasanya sebelum waktu Maghrib kami dah turun dari Bukit Padang.
Walaupun petang hari bekerja, orang ramai juga. Tapi tak ramai macam hujung minggu la.
Macam biasa, gambar dari puncak Bukit Padang.