Salam.
Minggu lepas first time aku berbuka di luar ketika bekerja.
Malam tu ada blood drive di Masjid Negeri Sabah. Team kami bergerak ke sana awal sikit dan sikit di bazar ramadan untuk beli makanan berbuka.
Aku beli nasi putih + ayam grill + sotong grill =RM12.
Selain tu beli kari ayam dan juga nugget. Semua makanan di bazar nampak sedap-sedap.
Tapi aku bangga dengan diri aku juga sebab tak beli makanan terlampau banyak.
Lepas berbuka tu, kawan aku datang ke sana join blood drive aku. Bila dah ada geng, dapat lah aku beli Gigi Coffee di grabfood. Ada diskaun di grab haritu.
Semestinya Buttercream Latte pilihan aku.
Salam.
Cerita mengenai hiking lagi. Tempat yang sama juga iaitu di Bukit Padang.
Ni hiking ke 13 untuk tahun ni iaitu pada 7 Februari bulan lepas.
Banyak entri hiking yang tertunggak.
Lepas balik kerja, terus drive Bukit Padang dan hiking.
Macam biasa, aku hiking dengan hiking partner, Isma.
Biasanya kami hiking naik tak sampai 30 minit, lepas tu berehat di atas dalam 10-15 minit.
Masa turun pula makan masa tak sampai 30 minit juga.
Jadi lebih kurang sejam ke sejam lebih kami di sana, kemudian terus balik ke rumah masing-masing.
Tapi petang tu lepas hiking, balik solat dulu dan dinner di Dozo Lintas.