Salam.
Jumaat yang lepas (17/5/2024) selepas balik kerja, aku dan kawan aku ke Imago Mall.
Tujuan utama sebab nak tengok movie di GSC Cinema sana.
Last minute plan je ni. Beberapa minit sebelum waktu balik, tiba tiba rasa macam nak tengok movie malam tu, jadi memang adhoc plan je la. Pini dengan Fathin pun laju je setuju nak tengok movie.
Kami pilih untuk tengok movie IF (Imaginary Friends). Slow sangat movie ni. Fathin hampir tertido dalam cinema. eh, ke dah tertidur. haha.
Jadi kami fikir la nak dinner di mana malam tu, sebelum tengok movie.
Ternampak restoran Little Penang Kopitiam masa nak masuk ke Imago. Jadi kami decide untuk makan di sana.
Macam kedai makan baru. Sebelum ni ke Imago, tak perasan pula. Berdekatan dengan Ramenya.
Antara menu yang ada di Little Penang Kopitiam,
Apa yang kami order,
Pini makan Penang Char Kuey Teow
Fathin beli 2 makanan,
Oyster Omelette kalau tak salah
Nasi goreng kampung
Aku makan Nasi kandar kuah banjir
Ada ayam goreng, telur rebus sambal, papadom dan sedikit sayur kubis goreng
Kami makan dessert dia juga,
Mango sticky rice
padahal baru je balik daripada Hatyai 3 hari sebelum tu.
Overall, makanan dia sedap-sedap. Nasi kandar bagi aku biasa je la. Tak leh nak banding dengan yang dekat Penang.
Repeat? Ya. Sebab kuey teow dan nasi goreng dia sedap.