Salam.
Hari sabtu minggu lepas aku dan kakak aku makan di Burghub.co, Bandar Perda.
Akak aku yang ajak makan di sini. Dia nak cuba, sebab ada nampak di foodpanda. Nak order di foodpanda katanya harga mark up jugak la, tu yang cuba makan di kedai.
Burghub.co ni buka dari pukul 3 petang.
Kami sampai ke sana baru je buka restoran Burghub.co ni. Tak ramai lagi orang masa ni.
Semasa otw ke sini, aku dah tengok menu siap-siap. Jadi bila sampai di situ dah ada idea nak order apa.
Disebabkan kami masih kenyang lagi, jadi kami order tak banyak. Setakat nak cuba je.
Kena ke kaunter untuk order
Antara menu yang ada di sini
ada pelbagai jenis burger
Apa yang kami order
Double beef burget set (ada soft drink & fries) - sedap juga patty dia, tapi sos dia macam biasa-biasa je
Nachos beef cheesy - sedapp
Yangnyeom korean chicken - biasa je rasa dia, tapi ada banyak ketul. Harga dia berbaloi
Wefie sebelum makan
Total hangus: RM55.40
Kami makan tak habis, sebab besar juga portion dia.
Jadi selebihnya kami mintak paperbag di kaunter, dan bawak balik rumah.