Salam.
Khamis baru-baru ni aku dan akak aku ke Sunway Carnival Mall. Macam biasa, kalau ke sana memamg akan cari kopi untuk diminum.
Biasanya akan beli Gigi Coffee di sana, tapi sejak dah ada Gigi Coffee di KK, tak rasa nak beli dah dekat sini.
Ni kali kedua aku minum di Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall. First aku cuba masa raya bulan 4 hari tu, tak upload dekat blog pula. haha
Lepas tu aku ke Hatyai May 2024 haritu, cuba juga beberapa kali minum di Cafe Amazon di sana.
Aku rasa tak sama yang di sini dengan di Hatyai punya. Dekat sana lagi sedap.
Jadi haritu aku beli Iced Latte Amazon
Akak aku beli Iced Strawberry Matcha Latte
Lepak kejap dekat sini minum kopi, lepas tu baru pergi cari makanan pula.
Salam.
Hari sabtu minggu lepas aku dan kakak aku makan di Burghub.co, Bandar Perda.
Akak aku yang ajak makan di sini. Dia nak cuba, sebab ada nampak di foodpanda. Nak order di foodpanda katanya harga mark up jugak la, tu yang cuba makan di kedai.
Burghub.co ni buka dari pukul 3 petang.
Kami sampai ke sana baru je buka restoran Burghub.co ni. Tak ramai lagi orang masa ni.
Semasa otw ke sini, aku dah tengok menu siap-siap. Jadi bila sampai di situ dah ada idea nak order apa.
Disebabkan kami masih kenyang lagi, jadi kami order tak banyak. Setakat nak cuba je.
Kena ke kaunter untuk order
Antara menu yang ada di sini
ada pelbagai jenis burger
Apa yang kami order
Double beef burget set (ada soft drink & fries) - sedap juga patty dia, tapi sos dia macam biasa-biasa je
Nachos beef cheesy - sedapp
Yangnyeom korean chicken - biasa je rasa dia, tapi ada banyak ketul. Harga dia berbaloi
Wefie sebelum makan
Total hangus: RM55.40
Kami makan tak habis, sebab besar juga portion dia.
Jadi selebihnya kami mintak paperbag di kaunter, dan bawak balik rumah.