Salam.
Walaupun masa tu tengah cuti di Penang, tapi semangat untuk hiking tu masih ada.
Jadi, akak aku kena jadi hiking partner aku dekat Penang ni. Akak aku pon cuti seminggu juga sebab alang-alang aku cuti juga kan.
Hari jumaat yang lepas 12 Julai 2024, kami ke Cherok To'kun Bukit Mertajam untuk hiking.
Kalau tak salah, tempat ni tutup untuk renovation dalam 2 tahun macam tu, baru je buka baru-baru ni.
Sebelum ni aku pernah hiking di sini juga, tapi ikut trail hutan.
Kali ni memang nak cuba trail jalan konkrit pula, sebab tak bawak kasut hiking.
Pagi tu, lepas subuh kami terus gerak dari rumah untuk ke sini. Sampai dalam 7.20 pagi macam tu.
Ingatkan hari bekerja tak ramai orang, tapi sangkaan kami salah. Ramai juga orang sebenarnya walaupun hari bekerja. Mak aku dah risau dah kami pergi ni, sebab takut tak ramai orang kat sana pada mulanya.
Hampir seminggu lebih tak hiking, rasa penat juga la pada mulanya. Total hiking naik & turun nak dekat 8km juga la. Kami ambil masa dalam 2 jam 20 minit macam tu. Masa dekat atas, aku slow-slow dah sebab kaki sakit & penat. Tak expect pula ikut jalan konkrit lagi lama berbanding trail di hutan hari tu.
Akak aku steady je naik & dan turun bukit walaupun jarang hiking.
Tapi kaki dia melecet juga la sebab jarang guna kasut hiking dia kan. Kesian, terpaksa kena ikut pergi hiking.
Hiking di Cherok To'kun Bukit Mertajam
Kami park kereta di depan pintu masuk kawasan ni. Jadi kena jalan dulu untuk ke tempat permulaan hiking ni. Rupanya boleh park lagi di dalam tu.
Permulaan jalan naik ke atas
Ada ramai juga orang hiking masa ni.
Mula-mula tak curam sangat, lama-lama tu makin curam jalan ke atas
Gambar wefie wajib ada. Penat sikit dah masa ni
Wefie lagi. Masa ni dekat atas.
Hujan renyai-renyai, berkabus kawasan di atas tu
Jalan berkabus lagi
tapi panas juga sebenarnya
Akhirnya dah sampai juga ke puncak. Kena jalan sikit masuk trail hutan untuk ke sini
Gambar wefie mesti ada..
Tak nampak pemandangan sebab hujan dan berkabus
Yeay, selamat turun!
Masa ni tak sabar nak balik rumah makan nasi goreng petai hihi.
Aku tanya akak aku, nak pergi lagi tak lepas ni. Dia cakap tak mau dah. haha
Esoknya, nampak ada orang share pasal hiking di Bukit Batu Kawan, tapi akak aku tak larat dah nak pergi. Jadi, aku pun tak pergi juga lah. Maybe next time bila balik Penang nanti.