Salam.
Hari tu ada beli daging 1kg di Pasar Besar KK, masa kawan aku Inah datang melawat.
Tak tau nak masak apa, jadi masak kicap pedas je la ya. Masak separuh je, kalau 1kg jenuh tak habis nanti.
2 orang makan je kan, tapi ada baki juga walaupun dah makan sekali.
Resipi dia sama je macam ayam masak kicap pedas yang aku selalu buat, cuma tukar daging je.
Daging Masak Kicap Pedas
Nak menunggu daging masak pon lama juga, supaya daging tu betul-betul empuk dulu.
Dah la perut lapar masa tu. Salah pilih menu pula, time tengah lapar nak masak daging haha.
Kalau ada pressure cooker, lain lah..
Selepas 2 jam, siap juga daging tu.
Dimakan bersama terung bakar air fryer.
Sedap pula bila tengok balik gambar makanan ni.
Tapi nak pergi pasar cari daging ni yang susah. Tak ada masa free.
Next time la cari daging kalau betul-betul teringin. Kalau tak, foodpanda/ grabfood je cari menu daging di kedai makan.