Salam.
Masih cerita pada bulan Feb yang lepas lagi.
10 Feb 2024 aku ke Bukit Padang untuk hiking lagi. Aku pergi seorang pada waktu pagi sebab hiking partner aku kerja pagi tu kalau tak salah.
Lepas hiking tu, plan nak makan nasi lemak.
Nasi Lemak Cyber nama nya. Dah lama tak makan nasi lemak ni.
Dulu ada 2 tempat kedai Nasi Lemak Cyber, iaitu di Cybercity dan juga Aeropod.
Biasa aku pergi tapau nasi lemak di Cybercity, tapi bila check di grabfood kedai dia closed.
Jadi aku drive ke Aeropod.
Rupa-rupanya kedai di Cybercity dah lama tutup. Cuma ada yang di Aeropod sahaja sekarang ni.
Jadi aku tapau 2 bungkus terus alang-alang.
1 untuk breakfast, 1 lagi untuk lunch haha.
Nasi lemak berlauk ayam masak merah
view dari Bukit Padang pagi tu
Bye!
Salam.
Hari selasa baru-baru ni, 8 Ramadan aku berbuka puasa di ITCC Penampang.
Ada blood drive di sana juga.
Masa nak dekat berbuka tu, dah fikir nak makan apa.
Aku macam teringin nak makan nasi ayam, jadi aku beli makanan di A1 Chicken Rice.
Aku beli personal meal, dapat nasi ayam + tauge + tofu (ni boleh pilih sama ada nak popiah atau snacks/side dish yang lain)
Minuman pula aku beli di Dozo Nanyang Coffee House.
Aku try dia punya ginger milk tea. Sedap jugaa la.
Bila tengok gambar ni semula, rasa macam nak makan nasi ayam lagi hari ni.