Salam.
Lama tak keluar lunch di hari jumaat. Hari jumaat lunch break lama sikit, jadi sempat la nak makan di luar.
Kami dah lama tak keluar sama-sama. Dah sebulan lebih ke aku tak makan luar di hari jumaat, atas sebab-sebab tertentu (oncall, somettimes mobile) hari jumaat.
Lepas dah discuss dalam group kami, kami decide untuk makan di Nyonya House je. Boleh jalan kaki je daripada hospital kami.
Malas nak drive atau naik grab.
Nasi goreng tomyam
Aku pilih untuk makan nasi goreng tomyam sebab biasanya sedap & pedas.
Tapi semalam macam kurang sikit rasa dia. Nyonya House di Imago Mall juga la yang paling sedap (tapi dah lama tak makan di situ juga).
Lepas dah habis makan main meal, kami ke cafe sebelah pula - Breadboss.
Cafe ni dekat je dengan tempat kami, tapi jarang-jarang sampai ke sini.
Aku beli roti & segelas Caramel Caffe Latte (panas)
Saja nak minum suam tiba-tiba sebab tak berapa sihat.
Padahal sebelum tu minum je air sejuk. Tak kisah lah batuk makin teruk ke tak.