Salam.
ni cerita hujung bulan lepas, semasa aku di Penang.
Bila dah ada di KK, terus rasa homesick pula.
Bila scroll gambar di phone, ternampak gambar makanan yang dimakan di sana.
Lagi lah double homesick tu. Rasa macam nak beli tiket siap-siap untuk balik Penang lagi nanti.
Saja nak simpan gambar makanan yang dimakan di sini.
Hari pertama balik Penang, teman mak aku pergi klinik. Ramai betul orang yang menunggu di klinik tu, jadi aku pon kelaparan sangat sebab baru je turun dari flight pagi, tak makan apa-apa lagi.
Mak aku suruh pergi makan dulu, jadi aku pon pergi la makan di kedai makan sebelah klinik tu.
Ayah aku yang teman mak aku sementara aku pergi makan di sebelah sana.
Nasi campur yang banyak nasi dia. Tak habis aku makan nasi dia. Lauk je habis.
Lepas dah habis hal di klinik, singgah makan nasi campur lagi.
Aku dah kenyang, tapi bila tengok lauk pauk yang ada, tak jadi pula untuk tak makan.
Jadi 'terpaksa' makan juga. hihi
Nasi campur & lauk feveret aku
Antara sarapan pagi yang dimakan;
Maggi goreng - ayah aku masakkan
Nasi goreng petai - feveret juga (mak yang masakkan)
Nasi goreng ayam - kedai Pajo
Antara kedai feveret aku juga, tapi sekarang rasa dia dah lain. Tak sesedap seperti dulu.
Roti goreng (lupa apa nama dia)
Roti ni dibeli di kedai Mee Tarik Warisan Asli cawangan Kulim.
Salam.
Ni cerita 2 minggu lepas pula.
Hari pertama Zus Coffee keluarkan merhandise baru - Capybara Cup Sleeve.
Hari yang sama juga aku pergi beli, haha.
Petang lepas balik kerja tu, aku dengan Pini singgah kejap di City Mall.
Semasa on the way ke sana, kami dah order pick up siap-siap, supaya nanti tinggal untuk ambil je.
Kami plan tak nak cari parking pon. Pini yang drive hari tu untuk ke tempat kerja.
Jadi Pini drive, dia drop aku di lobi dan aku pergi pick up Zus Coffee. Sementara tu, Pini tunggu di tempat parking dulu.
So ni lah Capybara Cup Sleeve yang semangat kami pergi beli.
Kena beli minuman Zus series terbaru juga - Brownie Series
Velvet Creme Brownie Latte
Not bad rasa dia. Cuma agak manis sikit.
Dapat sticker & juga Bulu Bulu Cup Sleeve (tujuan utama)