Salam.
Korang pernah dengar tak pasal apps Shopback ni? Dalam blog-blog aku yang lepas pon aku ada buat entri mengenai apps ni. Tapi semua blog tu dah takde 😢
Bagi yang dah ada, bagus lah. Tapi bagi yang belum dan suka betul shopping online, aku sangat SARANkan korang untuk download apps ni.
Oh ya, tak selalu shopping online pon takpe. Kalau selalu order makanan melalui foodpanda, pon boleh download juga.
Walaupun cashback yang dapat tu tak banyak, sen sen je kan. Tapi bila kumpul-kumpul tu lama-lama akan jadi banyak juga. Dah cukup jumlah minimum untuk cashout, haa transfer lah ke akaun korang.
Boleh buat modal untuk shopping lagi. Kalau tak nak cashout dulu pon takpe, simpan je.
AKAUN SHOPBACK AKU
Mula join sejak tahun 2016.
Time tu kerap shopping juga di Shopee, Lazada, Hermo, Watsons, Zalora dan sebagainya.
Satu masa tu, aku lupa kewujudan akaun shopback ni. sampai lah tahun 2019 , baru aku start guna balik.
Time ni selalu guna untuk book stay di Booking.com. Memang banyak juga la dapat cashback, dalam RM20-30 macam tu untuk 1 booking.
Sekarang, dah tak boleh travel kan. So dah lama tak buat purchase di Booking.com. Shopee je sentiasa Haha.
Selain cashback, ada banyak features lain juga di sini. Challenge, survey dan banyak lagi..
Akaun shopback aku setakat hari ni (16/2/2021) - RM876.39
Kiranya dari tahun 2016 sehingga tahun 2021 (5-6 tahun)
Apps shopback ni korang boleh download di playstore/applestore di phone korang. Selain tu, boleh juga install di laptop korang.
Cara nak guna pon senang. Make sure klik akaun shopback sebelum membuat pembelian supaya pembelian dapat di'track' oleh akaun shopback.
Senang cerita.....
korang suka shopping online? YES
Then, silalah download apps Shopback. Jadilah pengguna bijak 😉
FREE pulak tu.
Boleh klik di sini ya -> SHOPBACK.
Korang akan dapat RM5 apabila berjaya mendaftar melalui link di atas dan membuat pembelian pertama menggunakan akaun shopback korang.
Ok, selamat bershopping!