Salam Korang!
Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 1
Tujuan utama aku balik ke Penang kali ni adalah untuk membuat prosedur/ minor operation yang dikenali sebagai Relex SMILE. Ini adalah salah satu rawatan laser mata untuk masalah rabun jauh.
Dah lama sebenarnya aku berniat nak buat rawatan ni, tapi sebab tak ada masa, jadi aku bertangguh sampai lah sekarang. Mulanya aku ingat nak buat rawatan ni dengan Prof Muhaya, tapi sebab ianya di KL, agak susah untuk aku ke sana.
Jadi bila mak aku ada buat rawatan mata untuk masalah katarak di Pusat Pakar Mata dan Lasik Utara di Sg Petani, Kedah, aku cuba la google pasal tempat ni. Bila tengok dekat facebook dia, baru aku tau di sini pon ada rawatan Smile juga. Yeay!
Terus aku book untuk buat appt di sini, alang-alang aku plan untuk balik ke kampung bulan Jan 2021. Pada 16 Dec 2020, aku pon whatsapp Pn Zahirah (optometrist) di sana & set appt ngam-ngam timing aku balik ke Penang.
Appt yang di buat ialah :-
10 Jan 2021 - screening/ pre op
11 Jan 2021 - op day
12 Jan 2021 - follow up day 1
10 Jan 2021
-buat eye screening & dan pre-op
Dalam jam 7.30pagi kami dah keluar rumah untuk ke sana. Singgah makan breakfast dulu.
Roti canai menjadi pilihan aku. Susah nak cari roti canai yang sedap di KK haha. |
Jam 8.30pagi appt. Ramai orang tengah beratur, tapi yang ada appt je boleh masuk. Yang takde appt kena balik.
Ramai yang beratur time ni, klinik belum buka lagi. Jam 8.30pagi baru buka. |
Naisb baik aku dah book appt sebulan yang lepas lagi. Lepas dah masuk, tunggu sekejap dalam klinik.Dalam jam 9pagi jumpa pn zahirah. Buat eye screening. Check power, ketebalan kornea etc. Pn zahirah cakap power stable. Cuma yang kanan je naik 0.25 jika dibandingkan dengan power spec sekarang. Kalau power tak stable, tak boleh buat lasik.
Selepas tu. diterangkan pasal 3 jenis rawatan laser mata. Aku dah baca ketiga-tiga jenis rawatan ni dan aku memang dah aim nak buat SMILE. Sebab less complication mcm dry eye etc.
Oh ya, lagi satu sebab ada promosi untuk frontliners/ healthcare worker, diskaun sebanyak RM1500 untuk rawatan SMILE weh. So sangat berbaloi aku rasa. Tapi, kalau tak ada promosi ni, aku memang akan pilih SMILE juga.
Promosi sehingga 28 Feb 2021 |
Lepas tu kena titik ubat, untuk nak dilate (besarkan) kan pupil mata. 3 jenis ubat, aku tak tau nama apa. Tak sampai 5 minit mata aku rasa kembang semacam dan dah tak boleh tengok phone/ benda dekat. Jadi kabur. Blurring/double vision. 15 minit lepas tu Pn zahirah datang untuk check mata sama ada dah betul-betul kembang ke tak.
Kemudian, kena masuk 1 bilik lain lagi untuk check tekanan mata pula. Ni first time rasa. 3 kali mata kena tiup angin unutk sebelah mata. So total 6 kali la. Setiap kali tu jugak la mata aku akan berkelip sebab terkejut. Haha
Dah siap check tekanan mata, kena tunggu sekejap sebelum dipanggil masuk untuk jumpa dengan Dr Razak di bilik 1. Di situ akan check retina, saraf mata dan lain-lain. Alhamdulillah, semuanya okay. Boleh proceed esok untuk op.
Last sekali, kena ambil ubat dan bayar bil. Dapat 2 jenis ubat. Ubat titis utk hydration mata. Mcm eye mo (artificial tears). 1 titik tiap sebelah mata 2 jam sekali. Dapat celebrex (ubat tahan sakit) untuk makan pagi besok lepas breakfast. Bil RM 300 utk pre-op.
Oh ya, lepas dah bayar bil dan ambil ubat, ada sesi kaunseling dan sign consent oleh Pn zahirah pula sebab dia cuti besoknya, so kena ambil siap-siap. Biasanya, consent akan diambil hari yang sama dengan operation.
Esoknya tu ada banyak case, kalau aku tak salah dengar macam 12 case. Case refraction akan buat di sebelah petang. Dalam jam 12 tengahari ke atas. Jadi besok jam 11.30pagi aku dah kena ada di sana.
sekitar klinik |
Ni lah ubat yang aku dapat. Di situ ada appt card sekali. BE SMILE (Bilateral Eye SMILE). SMILE tu singkatan untuk Small Incision Lenticule Extraction. |
Nanti aku buat 1 entri tentang jenis rawatan laser yang terdapat di sini.
Ubat titis mata. 2 jam sekali. 1 tu boleh guna banyak kali. Tapi lepas dah buka, kena simpan dalam peti sejuk. |
Celebrex 400mg. Ubat tahan sakit. Makan selepas breakfast pada hari operation. |
Appt card |
Deposit RM1000. Baki RM8300 kena bayar sebelum operation nanti (besoknya). Boleh bayar secara tunai, online banking, credit card. |
Dalam jam 10.30pagi macam tu dah siap appt hari pertama. Alhamdulillah, mata sesuai untuk buat rawatan laser.
--------
Dari Sg Petani, kami singgah makan tengahari di Jarak Ikan Bawal. Lepas makan, singgah area Mengkuang kejap, tengok progress rumah undercon. Ada tapak je so far. Tak tau la bila akan siap.
K bye!